Monday, August 22, 2011

Asalamualaikum Wbt.

Akhirnya terbina juga blog ini pada tanggal 22 Ramadhan 1432H bersamaan dengan 22 Ogos 2011M. Blog ini diasaskan sebagai satu ruangan untuk saya mencatat aktiviti harian, pandangan serta isu semasa, malah apa-apa sahaja yang mungkin terlintas di kepala dan sampai ke ruangan ini :) 

Blog ini lebih menjurus kepada diari peribadi maka isi kandungannya mungkin akan lebih banyak berkisar mengenai kehidupan seharian serta pandangan peribadi saya mengenai satu-satu isu yang diterbitkan. Oleh itu komen-komen yang berbentuk membina amat digalakkan disamping dapat kita menjalinkan ukhuwah sesama muslim. Semoga setiap isi kandungan yang diterbitkan dapat dimanfaatkan dan mendapat keredhaanNya. Amin.

Salam ukhuwah,
AAM.